Monday 25 July 2011

TEMASYA SUKAN 19

Tahniah dan syabas diucapkan pada semua warga SK Jimah Baru kerana telah menjayakan Temasya Sukan SKJB Kali Ke-19 dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan PIBG yang bertindak sebagai tulang belakang sekolah telah turut bertungkus lumus di bawah pimpinan En. Rosli Nordin bagi memastikan Temasya Sukan tersebut dapat berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah juga buat ibubapa dan komuniti setempat yang turut sama memeriahkan Temasya Sukan SKJB yang berlansung dengan hebat pada 3 Julai 2011 yang lepas.
Apa yang lebih utama ialah semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi di kalangan murid-murid SKJB sendiri yang secara tidak lansung telah menjadi pendorong untuk menyemarakkan semangat guru-guru dan ibubapa dan seterusnya menjadikan Temasya Sukan Kali Ke-19 ini adalah antara yang terhebat dan terbaik dalam lipatan sejarah SK Jimah Baru.

Walaupun pada perancangan asal, pihak sekolah hanya bercadang untuk mengadakan sukan mini sahaja, namun permintaan ibubapa dan sokongan PIBG telah memungkinkan pihak sekolah untuk mengadakan Temasya Sukan sekali lagi pada tahun ini. Inilah antara kehebatan di SKJB di mana sokongan ibubapa bukan sahaja ditunjukkan di peringkat akademik malah diperingkat Ko-kurikulum juga. Ini juga membuktikan bahawa ibubapa kini telah prihatin dengan amalan gaya hidup sihat yang acapkali dipromosi di arus media.


Tahniah dan syabas diucapkan pada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Kepada yang berjaya diaharapkan akan terus mengekalkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan kepada yang tidak berjaya diharap tidak mudah putus asa dan akan cuba lagi pada tahun hadapan. Kemenangan bukanlah objektif utama, apa yang lebih penting ialah iltizam, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.

Majulah Sukan Untuk SK Jimah Baru!!!

Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...