Tuesday 9 August 2011

Program Ihya Ramadhan 1432H

Marhaban Ya Ramadhan..


Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Kareem, Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya Ramadhan 1432H. Program tersebut dimulakan pada 2 Ramadhan dengan Solat Zohor berjemaah, Bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Halue b. Mat Tahir, GPK 1 SK Jimah Baru. Pelbagai aktiviti bersempena dengan  Program Ihya Ramadhan telah disusun dan dirancangkan, di antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Bacaan Yassin dan Tahlil, Tayangan Ramadhan, Majlis Tilawah Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Kutipan Infaq Ramadhan, KhatamAl-Quran, Iftar Jamai'e, Solat Hajat dan Tarawih. Semoga program Ihya' Ramadhan 1432H ini dapat menerapkan dalam diri murid dan guru supaya menghayati amalan di bulan Ramadhan al-Mubarak.


Thursday 4 August 2011

PROGRAM SEMAIAN WAHYU 2011



21 Julai 2011 (Khamis) - Majlis Semaian Wahyu j-QAF/KAP daerah Port Dickson bagi tahun 2011 telah berlansung dengan jayanya di bawah kelolaan SK Jimah Baru dengan kerjasama PPD. Ini merupakan kali pertama SK Jimah Baru diberikan kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah bagi mengelolakan Program Semaian Wahyu yang merupakan satu medium kepada para pelajar untuk mengetengahkan bakat mereka serta menjadi nilai tambah kepada penghayatan program j-QAF di sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan pada semua warga SKJB & PIBG yang telah bertungkus-lumus dari awal bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. PIBG telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menaja Piala Pusingan dalam menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah. 

Sebagai tuan rumah ianya bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dipikul kerana masalah utama adalah kurangnya kemudahan prasarana di sekolah terutamanya persediaan tempat bagi acara-acara yang akan dipertandingkan. Namun begitu, dengan semangat kerja berpasukan dikalangan guru-guru dan kerjasama berterusan daripada PIBG telah memungkinkan amanah dan kepercayaan yang diberi oleh PPD Port Dickson telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Penghargaan dan pujian harus juga diberikan kepada tonggak utama iaitu Panatia Pendidikan Islam dan Kelas Agama Petang di bawah pimpinan Ustaz dan Ustazah SK Jimah Baru yang hebat, cemerlang dan terbilang!!

Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...