Wednesday 26 August 2015

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKJB BERSAMA KONVOI MERDEKA NEGERI SEMBILAN 2015

SEMANGAT WAJA, HATI MEMBARA, BULAN MERDEKA DIRAI BERSAMA,,,

Pada 20 Ogos 2015, sekolah telah mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015. SKJB amat bertuah kerana majlis ini diserikan dengan kehadiran peserta Konvoi Merdeka Peringkat Negeri Sembilan.. Majlis ini juga turut diserikan  dengan kehadiran YB Dato Haji AB Khalid bin Mat, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson yang telah disambut oleh Pn Guru Besar Pn Hjh Fadzillah serta barisan pentadbir dan guru-guru. Peserta konvoi telah disambut dengan meriah oleh murid-murid yang menunggu kehadiran mereka di hadapan sekolah kemudian peserta konvoi dibawa masuk ke dewan terbuka sekolah. Majlis Pelancaran telah dilaksanakan dengan penuh meriah oleh YB Dato Haji AB Khalid bin Mat, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson. Selepas itu, majlis juga turut diserikan dengan persembahan murid-murid sekolah serta nyanyian rangkaian lagu patriotik. majlis berakhir kira-kira jam 3.00 petang. Peserta konvoi dan guru-guru menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan. Perjalanan Konvoi Kembara diteruskan kira-kira jam 3.
        
            BULAN MERDEKA BULAN PATRIOTIK,
                       TETAPKAN HATI SEMAIKAN JIWA,
                            KEKUATAN NURANI PERLU DISUNTIK,
                                              HATI  YANG MURNI SEHATI SEJIWA.

                              #SEHATISEJIWA


PERARAKAN MASUK PESERTA KONVOI



WAJAH-WAJAH CERIA

TANDA KERAMAHAN GURU-GURU SKJB

PESERTA KONVOI DISAMBUT DENGAN PENUH MERIAH




        

Monday 17 August 2015

PRA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SKJB 2015

PENUH SEMANGAT, BERJIWA SUCI, CINTA NEGARA HATI YANG MURNI...
Pada hari ini, 17 Ogos 2015, seluruh warga pendiddik dan murid-murid SKJB telah bersama-sama menjayakan Pra Sambutan Bulan Kemerdakaan bersama-sama Pn Guru Besar Pn Hjh Fadzillah bt Samik. Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi sekolah seterusnya ucapan guru besar kemudian nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Lagu Tanggal 31 Ogos, Keranamu Malaysia serta Jalur Gemilang... seluruh warga sekolah menyanyikan lagu dengan penuh semangat sambil mengibarkan bendera keramat iaitu, Jalur Gemilang. Warga pendidik juga bersama-sama menyumbang suara untuk memeriahkan lagi suasana.  Serangkap pantun buat semua...

                                             Hati membara kita marakkan,
                                             Semai kasih cinta yang bersemi,
                                             Hati yang suci kami tetapkan,
                                             Cinta negara impian kami.
WAJAH GEMBIRA
JOM NYANYI SAMA-SAMA
PN GURU BESAR MENYANYI BERSAMA GURU-GURU

WAJAH CERIA GURU LELAKI


MERAHMU BARA SEMANGAT WAJA.....

BERSEMANGAT BETUL CIKGU PEREMPUAN SEKOLAH KITA... TAHNIAH





Friday 7 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA, WARGA SK JIMAH BARU...

Salam dihulur, tanda kemaafan, salam disambut, tanda kemesraan...
Pada hari Jumaat, 24 Julai 2015, SK Jimah Baru telah mengadakan sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.. Sambutan ini dirasmikan oleh Pn Guru Besar SK Jimah Baru, Pn Hjh Fadzillah bt Samik.. pelbagai acara telah dirancang seperti persembahan murid serta jamuan juadah raya yang disediakan oleh guru-guru serta ada yang dibawa oleh pelajar. Majlis berlangsung penuh meriah ditambah dengan iringan lagu-lagu hari raya yang dimainkan.... majlis diakhiri dengan majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada semua pelajar serta kepada golongan anak yatim.. penyampaian sumbangan oleh Pn Hjh Fadzillah selaku Guru Besar SK Jimah Baru diiringi oleh barisan guru penolong kanan.... Semoga Keceriaan ini diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA WARGA SK JIMAH BARU.. SALAM AIDILFITRI...

 

Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...