Friday 18 August 2017

PERJUMPAAN 3PENJURU & MENJELANG 23 HARI UPSR

PERJUMPAAN 3 PENJURU PRA UPSR 2017 & MENJELANG 23 HARI UPSR - Majlis diadakan khas untuk ibu bapa murid Tahun 6 berjumpa dengan guru-guru matapelajaran teras untuk membincangkan tentang keputusan peperiksaan Pra UPSR 2017 dan isu-isu terkini berkaitan dengan perkembangan anak-anak yang akan menduduki peperik


saan tidak lama lagi.

Wednesday 16 August 2017

KLINIK RUGBI FASA 1

KLINIK RUGBI FASA 1 - Pada 29 & 30 Julai yang lalu telah dijalankan Klinik Rugbi di Padang Sekolah Kebangsaan Jimah Baru. Tujuan diadakan klinik ini adalah untuk mencungkil bakat disamping memberi peluang kepada murid untuk mempelajari peraturan dan teknik asas permainan Rugbi Sentuh. Klinik ini mensasarkan murid Tahun 2 hingga Tahun 5. Ia dijalankan secara stesen dimana peraturan rugbi, scrum, offside & nock on, handling dan line out didedahkan kepada murid. Klinik kali ini dijalankan dengan bantuan guru-guru pelatih dari IPG Bandar Enstek, Nilai. Diharapkan kerjasama antara SKJB dan IPG Bandar Enstek dapat diteruskan untuk memantapkan pasukan Rugbi SKJB. InsyaaAllah Klinik Rugbi Fasa 2 akan dijalankan pada 16 September nanti. 









PROGRAM KAYUHAN MERDEKA

SK JIMAH BARU..... sangat bertuah kerana menerima Konvoi Kayuhan Merdeka SMK ( F ) Bdr Baru Sri Sendayan.... Konvoi tiba pada jam 9.45 pg dan disambut oleh warga Sekolah Kebangsaan Jimah Baru serta guru dan murid-murid...




Thursday 23 February 2017

SELAMAT DATANG TN GURU BESAR, PN SANIAH BINTI ABDUL SAMAD

YANG PATAH, HILANG BERGANTI

WARGA SKJB mengalukan-alukan kedatangan Pn Saniah Ke SKJB sebagai guru besar baharu menggantikan Pn Hjh Fadzillah yang telah bersara. Besar harapan kami semoga Pn Saniah dapat menaburkan segala pengalaman dan ilmu khususnya dalam aspek memantapkan modal insan seluruh warga anak didik SK Jimah Baru.. Pn Saniah berpindah dr SK Panglima Adnan, Port Dickson. Pengalaman sebagai guru besar melebihi 10 tahun... sekali lagi dengan penuh rasa muhibbah kami menyambut kedatangan Pn Saniah ke SKJB...... SELAMAT DATANG TN GURU BESAR....


NASI PANAS SEDAP DI MAKAN
DI MAKAN BERSAMA LAUK IKAN
SEPULUH TANGAN KAMI HAMPARKAN
SELAMAT DATANG KAMI ALUKAN 







Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...