Saturday 8 September 2012

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri 2012

Rewang untuk majlis bacaan Yassin

Penyediaan membuat lemang

Gotong-royong membakar lemang..

 
Alhamdulillah.. Majlis Bacaan Yassin, Solat hajat dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan pada 5 September 2012 telah mendapat sambutan daripada semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru-guru dan kakitangan staf SK Jimah baru kerana telah bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.....Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan semoga berjaya buat murid-murid tahun 6.


Saturday 11 February 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKJB Kali Ke-35

Alhamdulillah, majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG telah berlansung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru SKJB yang tidak mengira penat lelah dan bertungkus lumus bekerja untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah juga kepada YDP, En.Rosli serta barisan AJK PIBG yang merupakan tonggak utama dan sumber inspirasi warga guru SKJB.

DOWNLOAD :  MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-35 SKJB 2012


Friday 3 February 2012

Project Based Learning 2011

Syabas dan Tahniah kepada guru dan murid yang terlibat dalam Program PBL ini dan telah berjaya menduduki tempat ke-4 di peringkat Negeri daripada 21 buah sekolah yang telah mengambil bahagian. Ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan pihak sekolah kerana SKJB, sebagai sebuah sekolah luar bandar yang kecil mampu memberikan saingan hebat kepada sekolah-sekolah elit yang lebih besar. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada guru dan murid yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut. Tidak dilupkan juga kepada PIBG SKJB yang merupakan tulang belakang yang telah memberikan sokongan moral dan sumber kewangan. Berusaha, Berjaya SKJB!!


Monday 23 January 2012

Klinik Gigi Prasekolah 2012

20 Januari 2012, Jumaat, kehadiran jururawat-jururawat daripada Klinik Pergigian Port Dickson ke kelas prasekolah di sambut gembira oleh murid-murid prasekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah makanan sihat dan penjagaan kesihatan gigi. Murid prasekolah turut diberikan berus gigi Ben 10. Aktiviti memberus gigi dengan cara yang betul turut dijalankan dengan dibimbing oleh jururawat daripada Klinik Pergigian Port Dickson.





Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...