Monday 25 July 2011

TEMASYA SUKAN 19

Tahniah dan syabas diucapkan pada semua warga SK Jimah Baru kerana telah menjayakan Temasya Sukan SKJB Kali Ke-19 dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan PIBG yang bertindak sebagai tulang belakang sekolah telah turut bertungkus lumus di bawah pimpinan En. Rosli Nordin bagi memastikan Temasya Sukan tersebut dapat berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah juga buat ibubapa dan komuniti setempat yang turut sama memeriahkan Temasya Sukan SKJB yang berlansung dengan hebat pada 3 Julai 2011 yang lepas.
Apa yang lebih utama ialah semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi di kalangan murid-murid SKJB sendiri yang secara tidak lansung telah menjadi pendorong untuk menyemarakkan semangat guru-guru dan ibubapa dan seterusnya menjadikan Temasya Sukan Kali Ke-19 ini adalah antara yang terhebat dan terbaik dalam lipatan sejarah SK Jimah Baru.

Walaupun pada perancangan asal, pihak sekolah hanya bercadang untuk mengadakan sukan mini sahaja, namun permintaan ibubapa dan sokongan PIBG telah memungkinkan pihak sekolah untuk mengadakan Temasya Sukan sekali lagi pada tahun ini. Inilah antara kehebatan di SKJB di mana sokongan ibubapa bukan sahaja ditunjukkan di peringkat akademik malah diperingkat Ko-kurikulum juga. Ini juga membuktikan bahawa ibubapa kini telah prihatin dengan amalan gaya hidup sihat yang acapkali dipromosi di arus media.


Tahniah dan syabas diucapkan pada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Kepada yang berjaya diaharapkan akan terus mengekalkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan kepada yang tidak berjaya diharap tidak mudah putus asa dan akan cuba lagi pada tahun hadapan. Kemenangan bukanlah objektif utama, apa yang lebih penting ialah iltizam, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.

Majulah Sukan Untuk SK Jimah Baru!!!

Thursday 14 July 2011

Gotong Royong Kelas Sempena Persiapan Program Semaian Wahyu 2011

Gerak Kerja Ko-Kurikulum pada hari Rabu telah di gantikan dengan Gotong Royong Kelas sempena persiapan Program Semaian Wahyu yang akan berlansung pada 21 Julai 2011. Semua warga sekolah pada hari tersebut telah bertungkus-lumus membersihkan kelas serta kawasan persekitarannya. Aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 1.05 minit petang. GPK HEM, Ustazah Ruhaidah selaku penyelaras program tersebut telah memberi taklimat ringkas kepada semua murid serta mengagihkan tugas-tugas mengikut keperluan. Gotong-royong tersebut berjalan dengan baik dan terkawal kerana semua murid memberikan komitmen dan kerjasama yang baik. Semua tugas yang diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik dan suasana program berjalan dengan harmoni. Sepanjang program berjalan, sesekali terdengar suasana riuh dan bising kerana ada murid yang berebut untuk menggunakan peralatan yang sememangnya terhad. Suasana ini menunjukkan petanda positif di mana murid telah memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap tugas yang di amanahkan. Tepat pukul 2.15 petang, program gotong-royong tersebut ditangguhkan dan Alhamdulillah ianya membuahkan hasil yang amat cemerlang. Keserian dan Keceriaan kelas jelas terserlah dari kerjasama semua warga SK Jimah Baru. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program tersebut.

Friday 8 July 2011

BLOG RASMI SK JIMAH BARU, PORT DICKSON.

Alhamdulillah, akhirnya SK Jimah Baru telah mempunyai sebuah blogsite sendiri. Ini juga adalah cadangan dan usul daripada Ibu Bapa yang semakin prihatin dengan peredaran Dunia ICT masa kini. Atas sokongan pihak pentadbir terutamanya Guru Besar dan GPK 1 serta YDP PIBG, saya selaku Setiausaha PIBG telah membuka BlogSite ini sebagai satu jambatan antara Sekolah dengan Komuniti Setempat. Selain itu, kewujudan Blog ini juga boleh menjadi satu sumber rujukan oleh pelajar, pendidik dan juga golongan yang terlibat secara lansung dengan dunia pendidikan. Diharap juga Blog ini mampu memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat siber di dunia Maya ini.

Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...