Thursday 14 July 2011

Gotong Royong Kelas Sempena Persiapan Program Semaian Wahyu 2011

Gerak Kerja Ko-Kurikulum pada hari Rabu telah di gantikan dengan Gotong Royong Kelas sempena persiapan Program Semaian Wahyu yang akan berlansung pada 21 Julai 2011. Semua warga sekolah pada hari tersebut telah bertungkus-lumus membersihkan kelas serta kawasan persekitarannya. Aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 1.05 minit petang. GPK HEM, Ustazah Ruhaidah selaku penyelaras program tersebut telah memberi taklimat ringkas kepada semua murid serta mengagihkan tugas-tugas mengikut keperluan. Gotong-royong tersebut berjalan dengan baik dan terkawal kerana semua murid memberikan komitmen dan kerjasama yang baik. Semua tugas yang diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik dan suasana program berjalan dengan harmoni. Sepanjang program berjalan, sesekali terdengar suasana riuh dan bising kerana ada murid yang berebut untuk menggunakan peralatan yang sememangnya terhad. Suasana ini menunjukkan petanda positif di mana murid telah memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap tugas yang di amanahkan. Tepat pukul 2.15 petang, program gotong-royong tersebut ditangguhkan dan Alhamdulillah ianya membuahkan hasil yang amat cemerlang. Keserian dan Keceriaan kelas jelas terserlah dari kerjasama semua warga SK Jimah Baru. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program tersebut.

Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...