Wednesday 16 August 2017

KLINIK RUGBI FASA 1

KLINIK RUGBI FASA 1 - Pada 29 & 30 Julai yang lalu telah dijalankan Klinik Rugbi di Padang Sekolah Kebangsaan Jimah Baru. Tujuan diadakan klinik ini adalah untuk mencungkil bakat disamping memberi peluang kepada murid untuk mempelajari peraturan dan teknik asas permainan Rugbi Sentuh. Klinik ini mensasarkan murid Tahun 2 hingga Tahun 5. Ia dijalankan secara stesen dimana peraturan rugbi, scrum, offside & nock on, handling dan line out didedahkan kepada murid. Klinik kali ini dijalankan dengan bantuan guru-guru pelatih dari IPG Bandar Enstek, Nilai. Diharapkan kerjasama antara SKJB dan IPG Bandar Enstek dapat diteruskan untuk memantapkan pasukan Rugbi SKJB. InsyaaAllah Klinik Rugbi Fasa 2 akan dijalankan pada 16 September nanti. 









Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...