PERJUMPAAN 3 PENJURU PRA UPSR 2017 & MENJELANG 23 HARI UPSR - Majlis diadakan khas untuk ibu bapa murid Tahun 6 berjumpa dengan guru-guru matapelajaran teras untuk membincangkan tentang keputusan peperiksaan Pra UPSR 2017 dan isu-isu terkini berkaitan dengan perkembangan anak-anak yang akan menduduki peperik
saan tidak lama lagi.
Friday, 18 August 2017
Wednesday, 16 August 2017
KLINIK RUGBI FASA 1
KLINIK RUGBI FASA 1 - Pada 29 & 30 Julai yang lalu telah dijalankan Klinik Rugbi di Padang Sekolah Kebangsaan Jimah Baru. Tujuan diadakan klinik ini adalah untuk mencungkil bakat disamping memberi peluang kepada murid untuk mempelajari peraturan dan teknik asas permainan Rugbi Sentuh. Klinik ini mensasarkan murid Tahun 2 hingga Tahun 5. Ia dijalankan secara stesen dimana peraturan rugbi, scrum, offside & nock on, handling dan line out didedahkan kepada murid. Klinik kali ini dijalankan dengan bantuan guru-guru pelatih dari IPG Bandar Enstek, Nilai. Diharapkan kerjasama antara SKJB dan IPG Bandar Enstek dapat diteruskan untuk memantapkan pasukan Rugbi SKJB. InsyaaAllah Klinik Rugbi Fasa 2 akan dijalankan pada 16 September nanti.
PROGRAM KAYUHAN MERDEKA
SK JIMAH BARU..... sangat bertuah kerana menerima Konvoi Kayuhan Merdeka SMK ( F ) Bdr Baru Sri Sendayan.... Konvoi tiba pada jam 9.45 pg dan disambut oleh warga Sekolah Kebangsaan Jimah Baru serta guru dan murid-murid...
Thursday, 23 February 2017
SELAMAT DATANG TN GURU BESAR, PN SANIAH BINTI ABDUL SAMAD
YANG PATAH, HILANG BERGANTI
WARGA SKJB mengalukan-alukan kedatangan Pn Saniah Ke SKJB sebagai guru besar baharu menggantikan Pn Hjh Fadzillah yang telah bersara. Besar harapan kami semoga Pn Saniah dapat menaburkan segala pengalaman dan ilmu khususnya dalam aspek memantapkan modal insan seluruh warga anak didik SK Jimah Baru.. Pn Saniah berpindah dr SK Panglima Adnan, Port Dickson. Pengalaman sebagai guru besar melebihi 10 tahun... sekali lagi dengan penuh rasa muhibbah kami menyambut kedatangan Pn Saniah ke SKJB...... SELAMAT DATANG TN GURU BESAR....

NASI PANAS SEDAP DI MAKAN
DI MAKAN BERSAMA LAUK IKAN
SEPULUH TANGAN KAMI HAMPARKAN
SELAMAT DATANG KAMI ALUKAN
Wednesday, 13 January 2016
SESI 2016... Pendaftran masuk sekolah sesi 2016 SK JIMAH BARU
TAHUN BARU 2016 SUDAH MENJENGAH... Pada 30 Disember 2015.. Bermulalah era baru seluruh warga SK Jimah Baru.. khususnya para guru serta murid-murid.. Sememangnya hari tersebut amat ditunggu - tunggu oleh murid-murid serta ibu bapa khususnya para pelajar tahun satu tahun ini.. kehadiran mereka disambut dengan penuh meriah oleh warga guru SK Jimah Baru.. Majlis dimulai dengan Taklimat Oleh GPK Hem Tn Hj Rosli berkaitan perjalanan program pada hari ini..wajah-wajah ceria sekitar hari pendaftaran sesi persekolahan tahun 2016... kehadiran para ibu bapa juga sangat menggalakkan... terima kasih kepada semua... semoga tahun 2016 ini membawa SK Jimah Baru ke tahap yg lebih baik berbanding sebelumnya..amin...
Wednesday, 26 August 2015
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKJB BERSAMA KONVOI MERDEKA NEGERI SEMBILAN 2015
SEMANGAT WAJA, HATI MEMBARA, BULAN MERDEKA DIRAI BERSAMA,,,
Pada 20 Ogos 2015, sekolah telah mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015. SKJB amat bertuah kerana majlis ini diserikan dengan kehadiran peserta Konvoi Merdeka Peringkat Negeri Sembilan.. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran YB Dato Haji AB Khalid bin Mat, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson yang telah disambut oleh Pn Guru Besar Pn Hjh Fadzillah serta barisan pentadbir dan guru-guru. Peserta konvoi telah disambut dengan meriah oleh murid-murid yang menunggu kehadiran mereka di hadapan sekolah kemudian peserta konvoi dibawa masuk ke dewan terbuka sekolah. Majlis Pelancaran telah dilaksanakan dengan penuh meriah oleh YB Dato Haji AB Khalid bin Mat, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson. Selepas itu, majlis juga turut diserikan dengan persembahan murid-murid sekolah serta nyanyian rangkaian lagu patriotik. majlis berakhir kira-kira jam 3.00 petang. Peserta konvoi dan guru-guru menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan. Perjalanan Konvoi Kembara diteruskan kira-kira jam 3.
BULAN MERDEKA BULAN PATRIOTIK,
TETAPKAN HATI SEMAIKAN JIWA,
KEKUATAN NURANI PERLU DISUNTIK,
HATI YANG MURNI SEHATI SEJIWA.
#SEHATISEJIWA

![]() |
| PERARAKAN MASUK PESERTA KONVOI |
![]() |
| WAJAH-WAJAH CERIA |
![]() |
| TANDA KERAMAHAN GURU-GURU SKJB |
![]() |
| PESERTA KONVOI DISAMBUT DENGAN PENUH MERIAH |
Monday, 17 August 2015
PRA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SKJB 2015
Pada hari ini, 17 Ogos 2015, seluruh warga pendiddik dan murid-murid SKJB telah bersama-sama menjayakan Pra Sambutan Bulan Kemerdakaan bersama-sama Pn Guru Besar Pn Hjh Fadzillah bt Samik. Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi sekolah seterusnya ucapan guru besar kemudian nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Lagu Tanggal 31 Ogos, Keranamu Malaysia serta Jalur Gemilang... seluruh warga sekolah menyanyikan lagu dengan penuh semangat sambil mengibarkan bendera keramat iaitu, Jalur Gemilang. Warga pendidik juga bersama-sama menyumbang suara untuk memeriahkan lagi suasana. Serangkap pantun buat semua...
Hati membara kita marakkan,
Semai kasih cinta yang bersemi,
Hati yang suci kami tetapkan,
Cinta negara impian kami.
![]() |
| WAJAH GEMBIRA |
![]() |
| JOM NYANYI SAMA-SAMA |
![]() |
| PN GURU BESAR MENYANYI BERSAMA GURU-GURU |
![]() |
| WAJAH CERIA GURU LELAKI |
![]() |
| MERAHMU BARA SEMANGAT WAJA..... |
![]() |
| BERSEMANGAT BETUL CIKGU PEREMPUAN SEKOLAH KITA... TAHNIAH |
Friday, 7 August 2015
SAMBUTAN HARI RAYA, WARGA SK JIMAH BARU...
Salam dihulur, tanda kemaafan, salam disambut, tanda kemesraan...
Pada hari Jumaat, 24 Julai 2015, SK Jimah Baru telah mengadakan sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.. Sambutan ini dirasmikan oleh Pn Guru Besar SK Jimah Baru, Pn Hjh Fadzillah bt Samik.. pelbagai acara telah dirancang seperti persembahan murid serta jamuan juadah raya yang disediakan oleh guru-guru serta ada yang dibawa oleh pelajar. Majlis berlangsung penuh meriah ditambah dengan iringan lagu-lagu hari raya yang dimainkan.... majlis diakhiri dengan majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada semua pelajar serta kepada golongan anak yatim.. penyampaian sumbangan oleh Pn Hjh Fadzillah selaku Guru Besar SK Jimah Baru diiringi oleh barisan guru penolong kanan.... Semoga Keceriaan ini diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA WARGA SK JIMAH BARU.. SALAM AIDILFITRI...

Monday, 27 April 2015
SYUKUR... SKJB TEMPAT KETIGA KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD PORT DICKSON...
SYUKUR kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya SKJB berjaya mengekalkan best of four
( semifinal ) tempat ketiga KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSSDPD 2015... terima kasih kepada semua warga SKJB khususnya barisan pentadbir Pn Guru Besar PN Hjh Fadzillah, GPK KOKO Pn Asmah serta GPK 1 dan GPK HEM serta semua yang terlibat termasuklah pengurus, Jurulatih, dan guru pengiring serta semua warga SKJB yang memberi sokongan tanpa henti-henti.. Semoga SKJB TERUS MAJU JAYA.... Majulah Sukan Untuk SKJB...amin..

Friday, 17 April 2015
TAHNIAH DAN SYABAS, SK JIMAH BARU LAYAK KE PERINGKAT NEGERI PESTA PANTUN 2015
Wednesday, 15 April 2015
HARI SUKAN SK JIMAH BARU
Syukur kehadrat Allah kerana dengan izin dan limpahNya Kejohanan Sukan SK JIMAH BARU berjalan dengan lancar... Terima kasih kepada semua... Tahun depan kita jumpa lagi... Majulah Sukan Untuk SKJB...
Saturday, 8 September 2012
Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri 2012
![]() |
| Rewang untuk majlis bacaan Yassin |
![]() |
| Penyediaan membuat lemang |
Saturday, 11 February 2012
Mesyuarat Agung PIBG SKJB Kali Ke-35
Alhamdulillah, majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG telah berlansung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru SKJB yang tidak mengira penat lelah dan bertungkus lumus bekerja untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah juga kepada YDP, En.Rosli serta barisan AJK PIBG yang merupakan tonggak utama dan sumber inspirasi warga guru SKJB.
DOWNLOAD : MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-35 SKJB 2012
DOWNLOAD : MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-35 SKJB 2012
Friday, 3 February 2012
Project Based Learning 2011
Syabas dan Tahniah kepada guru dan murid yang terlibat dalam Program PBL ini dan telah berjaya menduduki tempat ke-4 di peringkat Negeri daripada 21 buah sekolah yang telah mengambil bahagian. Ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan pihak sekolah kerana SKJB, sebagai sebuah sekolah luar bandar yang kecil mampu memberikan saingan hebat kepada sekolah-sekolah elit yang lebih besar. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada guru dan murid yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut. Tidak dilupkan juga kepada PIBG SKJB yang merupakan tulang belakang yang telah memberikan sokongan moral dan sumber kewangan. Berusaha, Berjaya SKJB!!
Monday, 23 January 2012
Klinik Gigi Prasekolah 2012
20 Januari 2012, Jumaat, kehadiran jururawat-jururawat daripada Klinik Pergigian Port Dickson ke kelas prasekolah di sambut gembira oleh murid-murid prasekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah makanan sihat dan penjagaan kesihatan gigi. Murid prasekolah turut diberikan berus gigi Ben 10. Aktiviti memberus gigi dengan cara yang betul turut dijalankan dengan dibimbing oleh jururawat daripada Klinik Pergigian Port Dickson.
Labels:
berus gigi,
klinik gigi,
prasekolah mutiara
Tuesday, 9 August 2011
Program Ihya Ramadhan 1432H
Marhaban Ya Ramadhan..
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Kareem, Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya Ramadhan 1432H. Program tersebut dimulakan pada 2 Ramadhan dengan Solat Zohor berjemaah, Bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Halue b. Mat Tahir, GPK 1 SK Jimah Baru. Pelbagai aktiviti bersempena dengan Program Ihya Ramadhan telah disusun dan dirancangkan, di antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Bacaan Yassin dan Tahlil, Tayangan Ramadhan, Majlis Tilawah Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Kutipan Infaq Ramadhan, KhatamAl-Quran, Iftar Jamai'e, Solat Hajat dan Tarawih. Semoga program Ihya' Ramadhan 1432H ini dapat menerapkan dalam diri murid dan guru supaya menghayati amalan di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Labels:
ihya ramadhan 1432H
Thursday, 4 August 2011
PROGRAM SEMAIAN WAHYU 2011
21 Julai 2011 (Khamis) - Majlis Semaian Wahyu j-QAF/KAP daerah Port Dickson bagi tahun 2011 telah berlansung dengan jayanya di bawah kelolaan SK Jimah Baru dengan kerjasama PPD. Ini merupakan kali pertama SK Jimah Baru diberikan kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah bagi mengelolakan Program Semaian Wahyu yang merupakan satu medium kepada para pelajar untuk mengetengahkan bakat mereka serta menjadi nilai tambah kepada penghayatan program j-QAF di sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan pada semua warga SKJB & PIBG yang telah bertungkus-lumus dari awal bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. PIBG telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menaja Piala Pusingan dalam menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah.
Sebagai tuan rumah ianya bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dipikul kerana masalah utama adalah kurangnya kemudahan prasarana di sekolah terutamanya persediaan tempat bagi acara-acara yang akan dipertandingkan. Namun begitu, dengan semangat kerja berpasukan dikalangan guru-guru dan kerjasama berterusan daripada PIBG telah memungkinkan amanah dan kepercayaan yang diberi oleh PPD Port Dickson telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Penghargaan dan pujian harus juga diberikan kepada tonggak utama iaitu Panatia Pendidikan Islam dan Kelas Agama Petang di bawah pimpinan Ustaz dan Ustazah SK Jimah Baru yang hebat, cemerlang dan terbilang!!
Labels:
Semaian wahyu
Monday, 25 July 2011
TEMASYA SUKAN 19
Tahniah dan syabas diucapkan pada semua warga SK Jimah Baru kerana telah menjayakan Temasya Sukan SKJB Kali Ke-19 dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan PIBG yang bertindak sebagai tulang belakang sekolah telah turut bertungkus lumus di bawah pimpinan En. Rosli Nordin bagi memastikan Temasya Sukan tersebut dapat berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah juga buat ibubapa dan komuniti setempat yang turut sama memeriahkan Temasya Sukan SKJB yang berlansung dengan hebat pada 3 Julai 2011 yang lepas.
Walaupun pada perancangan asal, pihak sekolah hanya bercadang untuk mengadakan sukan mini sahaja, namun permintaan ibubapa dan sokongan PIBG telah memungkinkan pihak sekolah untuk mengadakan Temasya Sukan sekali lagi pada tahun ini. Inilah antara kehebatan di SKJB di mana sokongan ibubapa bukan sahaja ditunjukkan di peringkat akademik malah diperingkat Ko-kurikulum juga. Ini juga membuktikan bahawa ibubapa kini telah prihatin dengan amalan gaya hidup sihat yang acapkali dipromosi di arus media.
Tahniah dan syabas diucapkan pada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Kepada yang berjaya diaharapkan akan terus mengekalkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan kepada yang tidak berjaya diharap tidak mudah putus asa dan akan cuba lagi pada tahun hadapan. Kemenangan bukanlah objektif utama, apa yang lebih penting ialah iltizam, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.
Majulah Sukan Untuk SK Jimah Baru!!!
Saturday, 23 July 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)