20 Januari 2012, Jumaat, kehadiran jururawat-jururawat daripada Klinik Pergigian Port Dickson ke kelas prasekolah di sambut gembira oleh murid-murid prasekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah makanan sihat dan penjagaan kesihatan gigi. Murid prasekolah turut diberikan berus gigi Ben 10. Aktiviti memberus gigi dengan cara yang betul turut dijalankan dengan dibimbing oleh jururawat daripada Klinik Pergigian Port Dickson.