Thursday, 23 February 2017

SELAMAT DATANG TN GURU BESAR, PN SANIAH BINTI ABDUL SAMAD

YANG PATAH, HILANG BERGANTI

WARGA SKJB mengalukan-alukan kedatangan Pn Saniah Ke SKJB sebagai guru besar baharu menggantikan Pn Hjh Fadzillah yang telah bersara. Besar harapan kami semoga Pn Saniah dapat menaburkan segala pengalaman dan ilmu khususnya dalam aspek memantapkan modal insan seluruh warga anak didik SK Jimah Baru.. Pn Saniah berpindah dr SK Panglima Adnan, Port Dickson. Pengalaman sebagai guru besar melebihi 10 tahun... sekali lagi dengan penuh rasa muhibbah kami menyambut kedatangan Pn Saniah ke SKJB...... SELAMAT DATANG TN GURU BESAR....


NASI PANAS SEDAP DI MAKAN
DI MAKAN BERSAMA LAUK IKAN
SEPULUH TANGAN KAMI HAMPARKAN
SELAMAT DATANG KAMI ALUKAN 







Wednesday, 13 January 2016

SESI 2016... Pendaftran masuk sekolah sesi 2016 SK JIMAH BARU

TAHUN BARU 2016 SUDAH MENJENGAH...  Pada 30 Disember 2015.. Bermulalah era baru seluruh warga SK Jimah Baru.. khususnya para guru serta murid-murid.. Sememangnya hari tersebut amat ditunggu - tunggu oleh murid-murid serta ibu bapa khususnya para pelajar tahun satu tahun ini.. kehadiran mereka disambut dengan penuh meriah oleh warga guru SK Jimah Baru.. Majlis dimulai dengan Taklimat Oleh GPK Hem Tn Hj Rosli berkaitan perjalanan program pada hari ini..wajah-wajah ceria sekitar hari pendaftaran sesi persekolahan tahun 2016... kehadiran para ibu bapa juga sangat menggalakkan... terima kasih kepada semua...  semoga tahun 2016 ini membawa SK Jimah Baru ke tahap yg lebih baik berbanding sebelumnya..amin...

Wednesday, 26 August 2015

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKJB BERSAMA KONVOI MERDEKA NEGERI SEMBILAN 2015

SEMANGAT WAJA, HATI MEMBARA, BULAN MERDEKA DIRAI BERSAMA,,,

Pada 20 Ogos 2015, sekolah telah mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015. SKJB amat bertuah kerana majlis ini diserikan dengan kehadiran peserta Konvoi Merdeka Peringkat Negeri Sembilan.. Majlis ini juga turut diserikan  dengan kehadiran YB Dato Haji AB Khalid bin Mat, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson yang telah disambut oleh Pn Guru Besar Pn Hjh Fadzillah serta barisan pentadbir dan guru-guru. Peserta konvoi telah disambut dengan meriah oleh murid-murid yang menunggu kehadiran mereka di hadapan sekolah kemudian peserta konvoi dibawa masuk ke dewan terbuka sekolah. Majlis Pelancaran telah dilaksanakan dengan penuh meriah oleh YB Dato Haji AB Khalid bin Mat, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson. Selepas itu, majlis juga turut diserikan dengan persembahan murid-murid sekolah serta nyanyian rangkaian lagu patriotik. majlis berakhir kira-kira jam 3.00 petang. Peserta konvoi dan guru-guru menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan. Perjalanan Konvoi Kembara diteruskan kira-kira jam 3.
        
            BULAN MERDEKA BULAN PATRIOTIK,
                       TETAPKAN HATI SEMAIKAN JIWA,
                            KEKUATAN NURANI PERLU DISUNTIK,
                                              HATI  YANG MURNI SEHATI SEJIWA.

                              #SEHATISEJIWA


PERARAKAN MASUK PESERTA KONVOI



WAJAH-WAJAH CERIA

TANDA KERAMAHAN GURU-GURU SKJB

PESERTA KONVOI DISAMBUT DENGAN PENUH MERIAH




        

Followers

Search

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...