Alhamdulillah.. Majlis Bacaan Yassin, Solat hajat dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan pada 5 September 2012 telah mendapat sambutan daripada semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru-guru dan kakitangan staf SK Jimah baru kerana telah bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.....Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan semoga berjaya buat murid-murid tahun 6.
Alhamdulillah, majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG telah berlansung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru SKJB yang tidak mengira penat lelah dan bertungkus lumus bekerja untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah juga kepada YDP, En.Rosli serta barisan AJK PIBG yang merupakan tonggak utama dan sumber inspirasi warga guru SKJB.
Syabas dan Tahniah kepada guru dan murid yang terlibat dalam Program PBL ini dan telah berjaya menduduki tempat ke-4 di peringkat Negeri daripada 21 buah sekolah yang telah mengambil bahagian. Ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan pihak sekolah kerana SKJB, sebagai sebuah sekolah luar bandar yang kecil mampu memberikan saingan hebat kepada sekolah-sekolah elit yang lebih besar. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada guru dan murid yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut. Tidak dilupkan juga kepada PIBG SKJB yang merupakan tulang belakang yang telah memberikan sokongan moral dan sumber kewangan. Berusaha, Berjaya SKJB!!