PERJUMPAAN 3 PENJURU PRA UPSR 2017 & MENJELANG 23 HARI UPSR - Majlis diadakan khas untuk ibu bapa murid Tahun 6 berjumpa dengan guru-guru matapelajaran teras untuk membincangkan tentang keputusan peperiksaan Pra UPSR 2017 dan isu-isu terkini berkaitan dengan perkembangan anak-anak yang akan menduduki peperik
saan tidak lama lagi.
Friday, 18 August 2017
Wednesday, 16 August 2017
KLINIK RUGBI FASA 1
KLINIK RUGBI FASA 1 - Pada 29 & 30 Julai yang lalu telah dijalankan Klinik Rugbi di Padang Sekolah Kebangsaan Jimah Baru. Tujuan diadakan klinik ini adalah untuk mencungkil bakat disamping memberi peluang kepada murid untuk mempelajari peraturan dan teknik asas permainan Rugbi Sentuh. Klinik ini mensasarkan murid Tahun 2 hingga Tahun 5. Ia dijalankan secara stesen dimana peraturan rugbi, scrum, offside & nock on, handling dan line out didedahkan kepada murid. Klinik kali ini dijalankan dengan bantuan guru-guru pelatih dari IPG Bandar Enstek, Nilai. Diharapkan kerjasama antara SKJB dan IPG Bandar Enstek dapat diteruskan untuk memantapkan pasukan Rugbi SKJB. InsyaaAllah Klinik Rugbi Fasa 2 akan dijalankan pada 16 September nanti.
PROGRAM KAYUHAN MERDEKA
SK JIMAH BARU..... sangat bertuah kerana menerima Konvoi Kayuhan Merdeka SMK ( F ) Bdr Baru Sri Sendayan.... Konvoi tiba pada jam 9.45 pg dan disambut oleh warga Sekolah Kebangsaan Jimah Baru serta guru dan murid-murid...
Subscribe to:
Posts (Atom)